Jumaat, 29 Julai 2011

kisah love lettter

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
syukur alhamdulillah semalam sempat berpuasa akhir untuk Syaaban tahun ini, harap tahun dpn dpt buat lg terbaik...emm Ramadhan juga dh nak menjengah, datang bertandang sejenak sepurnama, di mana di sinilah pentarbiyahan jiwa rohani yang amat utuh...

kalau setiap pnp pasti ad set induksi kan, emm mcm tu jugak Ramadhan, lama dh induksinya, dri bulan Rejab lagi tapi sedar atau tidak??hihihi takpe mungkin ad yg terlupa, tak mengapa Ramadhan masih ada, masih sempat nak buat persediaan, sediakan Love Letter, nanti kita sma2 bc n cuba habiskan Insya Allah..

kemaskanlah diri kita untuk hadapi Ramadhan seperti hadapi ujian di medan peperiksaan, semoga hasilnya juga semahal usaha yang kita buat, ingat ianya terhad sahaja, untuk siapa? hihihihi untuk hamba Allah yang sentiasa berusaha menjaga puasanya dari sebarang maksiat dan pelihara ibadahnya seolah-olah tiada lagi Ramadhan untuk nya selepas ini...jom sama2 kita usaha untuk perbaiki diri dan amalan, bc lah love letter from Allah n u will know how much Allah love u, close ur eyes n think, say astaghfirullah, subahanallah, la ilahaillallah ^_^


Selasa, 26 Julai 2011

R.E.D.H.A

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
REDHA, sbg hamba Allah berpeganglah pd 3 perkara ini

Redha ALLAH 
Redha IBU BAPA
Redha Kepada Ketetpan Allah

bukan senang untuk praktikkan, bukan senang nak buat, bukan senang nak feel bnda ni
mungkin snang utk ditaip, mungkin senang dibaca
tapi...
apasalahnya kita USAHA untuk dapatkan KEREDHAAN tu..
USAHA mendapat redha ibubapa demi redha Allah
USAHA untuk menerima setiap ujian
demi mendapat keredhaan ALLAH

walaupun kita terpaksa memilih antara yang sahabat atau pencipta
redha lah kerana ALLAH lebih maha mengetahui setiap sesuatu 
apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi



Ya Allah, syukur atas rasa ini, kesedaran yang Kau bagi kepadaku
membangkitkan kejatuhanku dan kejahilanku
jagalah ak Ya Allah, 
pelihara ak Ya Allah
Ya Hayyu Ya Qayyum
jika ini yang terbaik untukku 
ak terima sedannya 
gerakkanlah hatiku untuk menerimanya 
Andaiku salah, tunjukkanlah Ya Allah
agar ak sempat untuk membaikinya
~Syukur~

Isnin, 25 Julai 2011

~empowering the blind~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang





Ambilan Januari 2010, itulah nm ktorang hihihihi ap benda alah ni 'empowering the blind' mcm acer punyer je hihii mugkin sbb rmai bebudak clasnye guna acer hihi ni nak citer sesikit sebanyak pasal cals sy ni,,cals ni namanya G 1.1, 2.1, 3.1 dan skg ms ak taip ni ktorg dh G 4.1,,,, fakta pasal bebudak blind ni kat bawah ye:

mantan ketua : abe@mohd zul husmi., tinggi n keistimewaannya pndai blakon n kdg2 keaktifannya over dos
mantan bndahari: along@norakmar azami hihi ciri2 'kecik n rendang' hahaha special gitu cz d gnius once
ketua skrg:ayam@azizul hafiz b. napiyah nk explain mcm mn dia ni eh cz dia ni banja yg unik n misteri ahaha suka kan gadis
bndahari: jovita jati jilenan d grgous once in this clas, bnyak rajin la ini orang hihii n suka mkn mcm sy ^_^
s/u:dulu kini n selamnya,,suci@fatin hafizah asri, jelingan yg mantap n semyuman yg menawan hihi hv bb
muiz@A.M.Muiz fotografer in d clas,,hihihi kdg2 smgt n kerjinan nye mncpai thp maximum dgn tba2
jan@asa'adatul jannah emmm hihihi ni si gadis ayu ala2 gadis melayu tu, cermat orangnye
amir@amir ikhwanuddin hot guy cz ble msuk kuar blik pengarah suka suki dia haha suAk la katakan rajin ni
aina@nurul aina ni ala2 model la, halus je hihihi lemah gemalai n special once in my class 
azri@mohd azri ni geng ayam tp ok sikit dr ayam hihihi kdg2 agak blur tp bila speaking classsss g2
shaleh@mohd shaleh musa ni budak it n kepala niaga dlm class, perncg ekonmi n bleh dikatakan rajin la jgak
ira@tuan hazirah husin ni, hati2 dh ad org punye, gelak dia ni special sikit lah hihihi ratu gelak
Baasit@M.A.Baasit, yg ni loyar buruk n baik tak yah layan sgt, susah nanti n pmikirn yg tinggi
syai@nur syairah, simple tapi bisa juga ni yat dia hihihi pandai orgnya n sgt rajin, tugas dia penyelaras khdirn
siti@siti nur hazlizan hihihi yang ni sm power dgn syai n sm bisa bila dia bersuara. org tua2 kata ayat mahal tu 
Zulaikha shari@ika hihi ni satu geng dgn ak, makan on, jalan2 on n bab malas pon mgkin agak sm cma ak lg pemalas kot hihihi fotographer yg bjy ni lg2 time xtvt maktb
Farah Shuib@fara hihihi ni omputeh ni kamus bergerak G4.1  mata biru. dt anugerah pljr terbaik mAB ni

ini lah warga villa eTB. bila sudh ms kami akan berpisah jua ke sekolah, suka duka manis dan tawa pasti akn jd memoir pd semua. susah senang kita bersama, harungi cbrn memberaille n termfome sma2. semoga hati sentiasa ditaut oleh Allah..Doa rabitah


time bina insan guru kali pertama

senam seni hihi sesi lathan

clas blind en rosli

clas en rosli..kh

~manisnya SC~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



hope semua dalam Rahmat Allah ^_^..emmm mesti ertanya2 kan apa benda alah SC tu...Sharing Circle atau yang biasa ada kat mana2 orang panggil usrah.  mesti ramai yang tau kan, tipu lah kalau tak penah dengar kan..bagi ak, ak syg dgn usrah, cz ak balajar ap2 bermula dari sini..di sini ak kenal kak Mar dan Aisyah hihihi dan dorang ni ak sgt2 hormat n syang, bila tgok dorg automatik ak rs ak belum cukup solehah n 'baik'....

dulu masa skolah2 dulu, rasa susah sgt nak jd naqibah...sbb sgt tak cukup ilmu...jadi bila masuk usrah ni sebenarnya tolong topup ak punye ilmu agama n tahu pasal isu smasa, mcm2 mana pon u must topup n relod ur knowledge kan hihihi  malas mcm mn pon mmg kne la bila dh jadi muslim tambah2 ad perkongsian dan kita kene kongsi dgn org..


manisnya usrah ni bagi ak sbb ikatan ukhuwahnya, ak masih ingat lagi setiap kali sampai hari usrah mcm nk pecah kepala pk pasal ap ak nak buat hari ni eh hahaha tapi alhamdulillah la, at lest ad usaha untuk buat yg terbaik hahaha.  bukan senang nak ikat hati adik2 ni dlm usrah, nak komited n sayang dgn ahli2 usrah, naqibah kne lreatif n inovaif ngee~ hihihi ayat skema tu..

cuba kita uji sahabat2 kita ad beza yg satu angkatan dan yang biasa2 je, bila susah kawan bantu, susah senang sama2, ak penah makan nasi ekonomi@nasi dgn telur goreng hahaha kongsi duorang tapi pepon Alhamdulillah 2 rezeki dari Allah, pernah tak makan nasi berhari2 n makan biskut je tapi ia akan rs sedap n manis disebabkan kita lalui sama2...sedih rasa bila dh bertukar usrah tapi hidup perlu diteruskan hihihi bunyi mcm nk mati je, MASYEETAH grup slalu dihati,,insya Allah..
Ya Allah satukanlah hati-hati kami ^_^




Isnin, 11 Julai 2011

viRus-viRus

kalau dalam bidang perubatan@dunia doktor, cakap pasal virus sure2 org kate saket situ sini.  tapi dalam kes hari ini bukan sakit sana sini di badan sape2, jenis vairusnya pulak kadang2 secara tak sedar pun ada pada kita hihihi jom kita kenali ap virus ni eh...hope korg ambil PERHATIAN  n  CARE about it...





ukhuwah ni bleh dikatakan friendship lah dlm omputeh nye..cuba korg fikir kalau frienship 2 dijangkiti virus apa akan jdi kat sesuatu hubungan mcm 2..of cos berantakan habis...hahhaa suka lah saytan@mr Tan@mrs Syai.  Okeh mmg ni lah yg nk korg tau...dlm suatu hbungan persahabatan, ukhuwah yang dibina tidak kira lah lama mana pon...jom kite tgok apakah virus2 ukhuwah tu :

  • tamak dgn nikmat dunia (Quran 20:131)
  • lalai dalam ibadah dan tuntutan agama 
  • tidak santun dalam bicara (Quran 31:19)
  • sikap acuh tak acuh (Quran 59:9)
  • mengadakan bicara rahsia! berbisik (Quran 58:10)
  • keras kepala
  • suka membantah, sombong dan kasar
  • tegur kesalahan dihadapan org rmai
  • enggan memaafkan, eguran tidak bertoleransi
  • percaya orang yang mengadu domba (Quran 8:63)
  • buka rahsia (hadis)
  • pasangka (Quran 49:12)
  • campuri masalah peribadi
  • egois, tidak empati
  • tak setia
  • tidak sampaikan sesuatu yang mengembirakan ketika sedih (menmbah kesedihan)
  • terlalu cintakan rakan
konklusinya, korg kne lah jg baik2 kawan @ sahabat korg..jg hati n perasaan dorg..tapi jgn pulak smpai kawan tu boleh pijak kepala kan...apa2 pon bila menyayangi seseorg kite kne bersederhana n letakkan Allah segala-galanya n then sayang dia kerana Allah kerana ALLAH Yang Mencipta Kamu dan Dia hihihi 





Sabtu, 9 Julai 2011

keindahan

assalamualaikum...
pernahkah korg rasa mcm dunia ni@dunia korang indah semacam je hihihi...keindahan ni dapat ditafsirkan melalui pelbagai skop..keindahan alam, hubungan persahabatan, perkahwinan dan dalam agama sndiri pon..
kenapa dunia ini dicipta oleh Allah dengan nilai keindahan yang unik??emm sbb untuk menjadikan kita ummat Islam yang mensyukuri nikmat dan menggunakan akal ni untuk menikmati keindahan yang kita dapat..



kita semua kebanyakkan still student dan tak brape ada komitmen kan??so jom lah kita indahkan hubunga n persahabatan dengan bermusafir@g jalan2 sambil menikmati keindahan Allah cipta...nak tau tak?? dengan bermusafir@ g jalan2 kita dapat tau siapa sebenar sahabat kita n mengenali mereka secara lebih dekat...hidup di kampus hanyalah peratus yang kecik untuk dapat kita kenali sahabat..tapi cubalah dengan bermusafir..keindahannya lebih terasa..susah payah gelak ketawa bersama ^_^




keindahan bersahabat dapat bila kita semua satu kepala, sehati n sejiwa...hobi sama n sama2 gila hihihi (crazy n obses dgn makan)  tp tak semestinya setiap kawan itu perangai sebijik sama...ttp ada beza n jurang tapi beza dan jurang itulah pewarna dan penambah rasa dalam menjadi sahabat...seperti pelukis perlu ada pensil yang berbeza matanya untuk hasilkan lukisan...luv u all ^_^

Sabtu, 2 Julai 2011

eRti sYukur

assalamualaikum semua...dlm hidup ni banyak sangat benda yang kita kena alert..kalau budak maktab bila masuk sem baru pkara yg palin dorg alert pasal ELAUN hahahaha ak suka ni...mcm2 elaun lah, tu baru studen, lec plak dengan nak claim mcm2 haha kalau dlm fB tu kuar la........
'bila elaun nak masuk ah??"       "eh, elaun buku bila ah?"
emmm kalu nak ikutkan mcm2 ayat yg kluar, 2 baru yg dos biasa, kalau yg dos lebih punyer mmg umph!!telinga pon brasap ahaha tapi biasanya telinga geng2 HEP lah hahaha cz student salahkan dorg, tp secara kasar n halusnya mmg patot pon haha ak masih ingat ag ucapan pengarah '"perkara ini tak pernah berhenti, kerana awak semua tiada kepuasan n bila dh selesai satu, satu lagi awak akan tuntut, sekarang elaun buku dah lepas, nanti sibuk pulak kcoh pasal elaun pengajian......"

 okeh sebenarnya kita tak pernah ada kepuasan sebelum sampai msanya...masing2 berbeza bilakah waktu mereka kecapi kepuasan..sudah puas menimba ilmu duniawi..puas mengumpul harta..puas menunggu hihi...puas untuk hidup sepertu sebelum2 ini....namun sedar atau tidak, segalanya itu tidak perlu menunggu rs puas tu dtg sebaliknnya kita sebagai manusia yg dijadikan ALLAH dengan akal yg sempurna dapat fikir n tahu serta faham dengan ERTI SYUKUR bila dpt sesuatu walaupun dlm kuantiti yg sedikit atau kualiti yg rendah....rendah atau sedikit itu tiada masalah kerana segalanya datang dari DIA YANG MAHA BERKUASA....

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)
 
bersyukurlah sahabat kerana tiada yg rugi dengan rasa syukur itu...
syukurlah dengan nikmat hidup yg dikurnia ALLAH
syukurlah dengan nikmat iman yg dikurnia ALLAH
syukurlah nikmat sihat yg dikurnia ALLAH
syukurlah nikmat kesenangan yg dikurnia ALLAH
syukurlah nikmat kecantikan yg dikurnia ALLAH
dan bersyukurlah dengan terciptamu dalam agama ALLAH..ISLAM