Sabtu, 29 Oktober 2011

edisi 3

assalamualaikum..sambung kali ini dengan cerita di Melaka, masa  ni buat kajian mengenai tambakan laut di melaka. jom kita tengok ^_^..

kita dicipta oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini, sebagai penjaga yang dikurniakan otak yang sangat bijak bagi menjaga alam yang diciptaNya ini tapi berbaloikah?adakah kita jalankan tugas kita sebagai khalifah du muka bumi ini?jom kita saksikan hihi
Kawasan ini adalah satu daripada kawasan yang ditambak, kesannya bila hujan air jadi tak serap,bertakung sana sini,ad gmbar lain yg sy xuplod

ini ialah kawaan bagi cari gali artifak,bukti pernah wujud binaan pada kawasan ni.

ini adalah kawasan melaka pada zaman sebelum ditambak, hanya depan A Famosa sahaja air lautnya. dan mahkota prade adalah hasil tambakan juga

proses menambak yang masih giat dijalankan, ekoran daripada kawasan Melaka yang kecik tapi berpotensi untuk dibagunkan

kerja menambak pantai

kesannya-inilah mangsa yang teranaiya, bot tak dapat keluar kawasan dah tidak seperti dahulu

jika air pasang bot boleh pergi ke laut tapi jika surut begini, xboleh gerak sbb sangkut kat enjin

temu ramah seorang nelayan tempatan, banyak pihak sudah disuarakan tapi tak ada apa-apa belas kasihan

binaan rumah di kawasan yang ditambak,kawasan perumahan elit

nelayan ini terpaksa cari ikan atau apa jua hasil ditakat ini sahaja, kesian

pantai ini juga terkena tempiasnya, pantai ini juga turut ditambak sebab berlakunya hakisan yang sangat jelas hasil daripada tambakan di sebelah sana mengakibatkan perubahan aliran air laut

penduduk yang kami temu ramah

proses buat belacan menggunakan udang

bahan-bahan buat belacan..bau nye uhh sedap

cara-cara buat belacan..
sepatutnya sebelum buat pk dahulu, kesan kepada nelayan tadi ialah mereka hilang punca rezeki apabila hilang tempat menangkap udang geragau serta ikan di kawasan mereka.  dan mereka tidak mendapat pampasan yang sewajarnya. Allah ciptakan segalanya sempurna tapi dirosakkan manusia. cukuplah pembangunan yang dah anyak di malaysia, kadag-kadang yang terbengkalai, kosong pon ada.  
ambillah ikibar seagai khalifah dibumi Allah ini

cerita lama edisi 2

hihi assalamualaikum adik2 ^_^ suka lah bila dapat buat entry..emm sambung ehh, jom kongsi, yang kurang harap maaf ye..hihi

pertama kali PBS..g skolah sbg bakal cikgu


Inilah sekolahnya hihihi actually ni skul ke dua lepas masuk ipg hihihi johor
Ni aktiviti persembahan murid, kami kene latih persembahan koir..uhh goyang lutut habis lah hihi

Bebudk koir bawah latihan kami, hihihi bangga nama ipg disebut oleh pengacara majlis..

bergaya dgn murid2 hahaha

ni kawan2 ak n bebudk persembahan 5 bestari

hari jumaat-baca yaasin sempena bebudak upsr..

ya. Ini Pn Salasiah-GB skul in,tekun bagi nasihat

ni adalah antara hasil yang kami tinggalkan,hias dinding bilik pemulihan




walaupun dah nak jadi cikgu, tapi sy tetap bngga dengan cikgu2 saya dahulu. dari sk Sg merab luar,kajang, sk sri sabak uni, johor, sk renek,besut dan sk putera jaya setiu trg. turut bersama warga pendidik smkani yang mendidik saya sehingga saya dijulang ke peringkat yang tinggi, semua hasil dari didikan dan kepercayaan seorang guru. hihihi sungguh saya rindu zaman sekolah.
walau tinggi mana pon kita, ingatlah pendidik kita, dan seharusnya kita juga jadilah guru yang terbaik buat diri kita sendiri serta anak-anak kita nanti..wallahu'alam

cerita lama

assalamualaikum n salam sejahtera hihi mcm nk buka majlis plak
harap2 sihat ye..saya sihat sgt alhamdulillah sbb diberikan nikmat sihat ni, emmm minggu ni lapang sikit n baru bleh cot cet sini sane termasuk fB.hihi nak kongsi tentang cerita hidup@perkara yang pernah saya alami tapi mostly ini semua bila dh masuk ipg. next soon kisah lama2 ye.harap enjoy ^_^
Ini papan tanda ke Tasputra Perkim..tempat untuk asment sy,,Pengenalan Pendidikan Khas. 
Salah satu daripada rawatan terapi yang diberikan..ni Rawatan Fisiologi oleh pelatih dari kolej.

Jumble Sale- antara aktivii yang dilakukan setiap minggu bagi menambah kewangan Tasputra.

  
Antara alatan kemudahan yang disediakan bagi kanak-kanak di sini..
ni adalah splint kaki bagi betulkan kaki kanak-kanak masalah cebral palsy.

walaupun fizikal xsihat tapi otak mereka sihat, galakkan main permainan mcm ni..

nana- saya ingat lagi nama dia...hihihi

dorg makan kene suap, kebanyakkannya makan dikisar..ni nana tengah makan ^_^

ni time nak balik..Tasputra ad sedia pengangkutan bagi yang tak de transport

kawan saya bersama 'adiknya'-budak ini ad cecair lebihan dalam kepala dan saraf kakinya lemah

Sedarlah wahai insan yang normal, selagi ad daya kembalikanlah diri n jiwa mu kepada Allah, syukurlah atas segala nikmat yang diberikan.  bagi saya mereka sangat berharga, saya akui di sini ada segelintir ibu bapa yang mmg lepas tangan terhadap anak masing2.  n ada juga yang sangat menjaga n mengambil berat.  semoga mereka juga dapat kebahagiaan seperti kita yang normal.  saya akan sentiasa ingat mereka.

Selasa, 4 Oktober 2011

sana sini

assalamualaikum..
harap semua dalam keadaan sihat dan dalam rahmat Allah taala, minggu ni baru free utk buat entry baru.  kali ni nak cerita pasal percutian kelas kami dan xtvti yang ak buat sepanjg bbrp minggu lpas bulan syawal ni.

after raya, peperangan dgn asment bermula, mmg sgt penat n letih tapi tu kan dunia belajar, nak tak nak kena hadapi hihihi semangat! bersusah sekarang ganjaran yg besar di hadapan. dan jgn lupa Allah walaupun kita sibuk, harap-harap yang ni ak tak lupa.

hari khamis 15hb september, hari last bagi asment yang membukit tu, mmg heaven lah, sahari samalam tak tido setlekan asment.  malam tu ak n all my clasmate naik bas bertolak ke Kuala Besut, Terengganu.  kami plan percutian ke Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.  sangat best sebab dapat snorkeling,island hoping, and mcm2 lagi kerenah lah, yang paling ak suka tentang hubungan kami para clasmate ni.

sejak pergi percutian tu, bertandang rumah bonda, ak rasa hubungan kami semua semakin rapat, nampak perbezaan n perubahan sebelum pergi dan selepas pergi.  Allah, Syukur alhamdulillah sebab nikmat persaudaraan ini, harap berkekalan dan bertambah rapat lagi, inilah ahli keluargaku disini, warga Empowering The Blind, kerana ak percaya Allah telah memberi kami peluang untuk mengenali antara satu sama lain.

begitulah hidup manusia, apabila kita berpandangan jauh, berpandangan luas, buka mata tengok tempat org, boleh buka minda kita, boleh ukur who i am?who r u?why u life now?and so on, kalau bukan jalan2 cuci mata tu, ak takkan kenal siapa Fatin ni terutamanya n Cik Azimah.  begitulah pentingnya ke sana dan ke sini hihihi bua hati, buka minda dan yang penting buka hati.  Allah akan bersama kita walau di mana kita berada. jadi ingatlah Dia selalu, walau kita ke sana dan ke sini......wassalam.