Isnin, 12 September 2011

lelaki berkain pelikat

assalamualaikum n salam sejahtera..ingin saya tuliskan kisah aidilfitri yang telah lama saya simpan.  buat pengajaran kita sebagai seorang anak.

raya pertama, lepas solat subuh, siapkan juadah untuk sarapan n after sarapan, bersalaman dengan umi abah n adik beradik yg lain n yg best sesi bergambar.  satu hari pergi beraya n orang bertandang...apa yang ingin dicerita di sini...

after asar gerak ke kelantan, gi umah mak long, dalam perjalanan, ternampak sebuah rumah kecil n usang, sangat kecil, rs mcm tak de bilik je, apa yg sy paling ingat ialah seorang lelaki tua yang berkain pelikat lusuh, wajah tua yang jika saya tafsirkan ialah wajah yang menanti siapa yang ingin menziarahinya di hari raya pertama ini.  sedih sangat sebab kami beraya dengan meriah, meriah dengan ziarah menziarahi tapi pak cik tua itu keseorangan, memang kesian, duduk dianjung rumah seperti sedang menunggu sesuatu.

buat rakan2, yang kini bergelar anak, yg kini sedang meningkat dewasa, sya ingin ingatkan kamu semua, tak kira apa jua agama anutan kamu, ibu bapa itu amanah kita oleh Allah, antara amanah Allah.  sbb tu after ibubapa kita meninggal, kita perlu membuat baik kepada rakan-rakannya..apatah lagi jika ibu bapa masih hidup n mempunyai nyawa.  bila kita dah senang lupa ibu bapa, ada orang tu bila dh pandai sikit tak nak dh mengaku mak ayah..sedarlah dari mana kita datang, Allah itu Maha Adil, sekarang buat kat mak ayah mcm tu lepas ni anak2 buat mcm tu kat kiter so kalu tak nak, jg nla ibu bapa, mak ayah, abah umi, dad n mum kita baik2...wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan