Isnin, 13 Ogos 2012

~karya Seni~

assalamualaikum...
semoga semuanya dalam rahmat Allah
meh tgok antara kerya seni gue n org dskeliling gue..

model sk jabi  by batrisya

model skul by batrisya - tak cntik pon

ni kononnya boneka by batrisya

ni hadiah bday sahabat by batrisya

ni kawan punya hasil  by Zulaikha Shari@Sulha

hadiah anvsry umi n abah by batrisya

gmbar saje2 by batrisya with sony

gmabr saje2 by batrisya with sony (crdt to Abd Muhammad Mu'iz and Azizul Hafiz)

saje by batrisya

karya istimewa by frend at SK Alam Megah

seni kanak-kanak istimewa by budk di atas

by budak dlm gambar

unik by budak2

unik by girl

nice by techr

unik by sk alam megah

apa yg dipaparkan hanya untuk kepuasan hati gue...bg gueianya cantik,Allah kan suka akan kecantikan dan keindahan
n mungkin ad yg boleh anda ambil untuk sesi pnp kalian yang bergelar guru@guru pk@guru seni

gud job everyone

thanks to Zulaikha Shari~

by batrisya 

~ajaibnya CINTA~

assalamualaikum..
semoga yg membaca dan yg menulis sentiasa dalam rahmat dan CINTA Allah
CINTA
sesiapa pun melaluinya
setiap orang pun merasainya
tak kira rasa itu kepada siapa

dalam hidup ni, rasa CINTA itu seharusnya terbahagi kan?
namun pernah kita fikir kpd siapa?
emmm ad orang CINTAnya hanya pada seorang sahaja
ada yang terbahagi dua, tiga, dan selebihnya mungkin lima

apa faedahnya dgn rasa CINTA?
emmm untuk lebih menghargai kna?
untuk lebih setia,jujur dan ikhlas?
atau pon ada yg lebih untuk merasai bahagia?
namun pernah terfikir CINTA juga 
ada yg tidak dihargai kan?
ada yg menipu diri n org yg d CINTA
ada yg tidak jujur
dan ada yg tidak bahagia

namun sekali lagi kita kembali pada hati,
kepada siapa CINTA ini dibahagi
sehingga ajaibnya tak terperi
tak dapat diungkap dgn keindahan tarian jari
juga tidak dpt diertikan oleh omelan diri
emmm kepada siapa??

sahabat, rasa ajaibnya CINTA
dirasai jiwa oleh org yang meletakkan ditempat yang sepatutnya
CINTAilah 
Allah kerana Dia yang mencipta hambaNya
Rasulullah SAW kerana baginda mencintai ummatnya
AlQuran kerana AQ mencintai pembacanya
Ibu Bapa kerana sudi menyayangi anaknya
Sahabat kerana sentiasa menyenangi karibnya

lalu di mana letaknya rasa CINTA sang lelaki
emmm tepuklah dada tnyalah diri
:)
salam sayang dan cinta Batrisya buat yang diCINTAI

Sabtu, 28 Julai 2012

ingatan untuk diri

assalamualaikum...semoga semua sihat dan dalam rahmat Allah

hari ni hari ke 9 kita umat islam berpuasa di Ramadhan,alhamdulillah cz dpat kita  puasa dan beribadah dalam bulan yang suci ni ~

islam tu cantikkan,setiap ap yg wujud pasti ada fungsi dan kegunaannya masing2,mcm manusia fungsinya hidup sebagai khalifah,penjaga muka bumi dan isinya,bagainama??emmm contohnya jaga kebajikan diri sendiri,hihihi itu paling senang kan:
bila lapar kita makan n jgn berlapar,xelok untuk perut,menzalimi usus untuk bekerja,
bila mengantuk,tdo lahjangan menyeksa biji mata kita
n yg penting sekali,bila kita tiba masa untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah,kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab,xyah menzalimi diri sendiri untuk tempah neraka,xyah pk org lain buat ke tak,pk diri sendiri dulu,kalau malas sangat buat yg basic,at lest buat kan,n nak lebih lagi paksa diri buat yg selebihnya,ya lah kan,paksa dulu nnt sebati la,gandum kalu tak dipaksa campur dengan air takkan jg doh kan n air kalu tak di paksa masukkan gula, tak manis lah kan air tu hahaha

ramadhan menuntut kita untuk sama2 ingat antara satu sama lain kan,ingat Allah,ingat sunnah Rasulullah SAW,ingat sesama sahabat supaya niat puasa hahaha dan ingatkn diri untuk buat baik.n ingat untuk membantu org yang dalam kesusahan,hihihihi sedekah,kalau tak nak bg duit,bg makanan,n kalu tak kirim doa kesejahteraan.

sahabat nak tau ap faedah bersedekah?
-hidup kita akan menjadi senang,dipermudahkan Allah
-Allah akan beri ganjaran pahala di dunia dan akhirat
-akan dilindungi dari sebarang kemudaratan
-boleh bawa bekalan ke alan barzakh sebagai teman

yang pasti banyak lagi dan dengan yakinnya sekarang jom cepat2 kita bersedekah,niat nak bantu org,tapi kalu org tu tak meyakinkan pon,tolong je,asalkan kita selesaikan tanggungjawab kita,untuk apa dan sama ada tipu atau tak,itu urusan org tersebut dengan Allah Taala

luv all my sahabat n all muslim,insya Allah semoga semua dalam rahmat dan keberkatannya.

batrisya abdullah,at johor bahru,9 Ramadhan..

Selasa, 17 Julai 2012

RAHSIA ILAHI~

assalamualaikum...semoga semua dalam rahmatNya

dedikasi kisah ini buat seorg sahabat yg pernah melaluinya :)

suatu pagi..
Kuliah pagi Jumaat ni habis jam 10 pagi,maknanya dalam waktu tu ak boleh gunakan masa untuk study balik untuk exam minggu depan. Emmm teringat pulak kat mak,tak tergamak rasanya hati ni tahan dengar mak marah bila dapat tau berita itu,berita daripada SUP yag mengatakan ak kena repeat paper.  rata2 rakan semua belum tau,ak tertekan sebab ak rasa teruk dan yang paling utama ak rasa ak kena study, study n study.  ayah dah tak ada,jadi ak tak boleh main2.  tiba2 telefon ak bergetar..

"ana, jom ikut akak pergi beli barang masak kejap lagi, kita pergi dengan kak baa,boleh?"
"emmm,pkul brape ye kak?ana rs ana xboleh la,ana nak study.emmm ana kena repeat"
"ya Allah!ye ke?emm tak pe2, ana teruskan study ye, akak stlekan barang2 lain.gud luck ana"

sehari selepas...

hari ni ada program sebenrnya, kak bi cakap tak pe tak tolong pon,dia suh balik study. entahlah, hati pk lain,dalam kepala ni lain,rasa mcm stress tensen suma ad.  tak boleh nak fokus lngsung, kak ba dah marah buat kerja lambat2.  berat hati lah nak balik sebab kesian pulak, tak pe la buat je lah...

dua hari selepas,isnin.

jam swatch ak menunjukka dah 10 pagi,nak pergi surau la,boleh dhuha skali,date dgn Allah jap,n ak perluka kekuatan untuk hadapi semua cubaan ni, repeat paper bukan satu benda yang boleh diterima akal dengan 100 positif.  emmm selesai amik wudhuk, telefon pulak bunyi,aik no sape ni.

"assalamualaikum,nur hana di sana?saya encik Osman , pengarah ip...hana awak tak perlu menduduki peperiksaan ulangan, awak lulus subjek tu.  Ada sedikit kesilapan kiraan markah" kedenganran suara garau pengarah.
"encik,betul ke ni?pasti ke tak silap orang lagi?"
"betul lah,takkan saya nak buat hal peperiksaan ni main."
kata-kata hana disambut dengan rasa syukur, kebetulan dah alang-alang di surau, ak nak sujud syukur, terima kasih ya Allah,akhirnya surah Muhammad : 7 menjawab jua.

suasana gembira pagi sabtu tersebuat amat luar biasa, ye lah, dapat berita gembira dari Hana dia tak payah reseat paper tu lagi,katanya dh lulus 3.71 dan silap teknikal sikit, hihihi pandailah Hana.  bagi ak setiap kisah ini amat ajaib, sebab Allah tunjukkan sesuatu yang dekat dengan saya, cerita hana mengingatkan saya mengenai apakah yang telah saya buiat untuk ISLAM.  Allah, ya Rabb, jadikanlah ak hambaMu yang solehah dan menggerakkan agamaMu tanpa jemu




Rabu, 4 Julai 2012

~pesan tok

assalamualaikum....

lama tak jumpa n call tok,rindu pulak rasanya, rindu dgn masakan tok n nasihat2 tok,

tok selalu kata, jangan tinggal mengaji, jaga solat, n jadilah org yg baik2,

tok jugak selalu pesan nak masak guna air yg bersih,kalau boleh air yg ditapis hihihi sedap n sihat

tok pesan kalau org usik kita pasal jodoh, cakap je insya Allah, tak payah pusing2 cakap hihi senang

tok pesan bila hidup ni kita kena buat pilihan yg tepat, buat pilihan yg terbaik

tok pesan kalu nk urut jgn letak mnyak pnas, nnt sendi rosak hihihi

tok pesan kalau kena observe baca al insyirah bnyk2,buat solat hajat,insya Allah dipermudahkan

tok pesan banyakkan selawat

tok, saya rindu tok

wajah tok cantik, sbb tok selalu mengaji dan solat

tok akan habiskan 1 juzuk 1 hari walau xlarat sekalipun sbb tok nek sihat smpai skrg krn amalan membc alQuran

dulu sehari2 hidup dengan tok bnyk bnda sy belajar, mcm mn nak buat masak lemak cili api, kerabu belimbing. huh sedapnya tok masak

semalam  call tok, kata dia rs sihat semalam, suara tok ceritakan yg tok sangat happy ak call hahaha

nantilah,ada rezeki sy g umah tok ye, terima kasih tok cz buat sy macam cucu tok sendiri




~inovasi

assalamualaikum..semoga semua orang dalam rahmat Allah
hari ni ak ke seremban, hotel Royale Bintang Seremban sempena pameran inovasi persidangan pendidikan islam 2012. n ktorg ke dr ipg kampus ilmu khas n yg lain dr ipg pendidikn islam.

kami pergi ni berstatus jemputan n sedikit mengecewakan bila dpt call bdk2 tuan rumah ambil tempat ktorg hihihi tp kalu dah kehendak Allah kitorg jadi buat, jadi la jugak walau mcm2 rintangan,serius! agak ber'macam2' rintangan la. alhamdulillah dapat smbutan dari pengunjungnya, terima kasih kpd yang sudi mendengar n lawat booth kami.

bagi ak,ak dah tak kisah dengan status benda tu walaupun layak dicopyright, biarlah ada yg menyambung usaha kami ni,suka juga buat pameran tadi cz dapat membuka minda rata2 ustaz n ustazah agar turut memberi perhatian yang sewajarnya untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU),

rata2 terkejut kerana kami bukanlah ustazah atau pelajar IPG pendidikan Islam. 
mengapa terkejut?cz hasil yg dibuat itu secara kasarnya orang memandang hanya orang yg belajar bidang itu sahaja akan membuatnya. tetapi tidak pada ak n para sahabat yang lain, pengalaman kami dalam mendidik kanak2 istimewa mengajar kami untuk menjadikan kami serba tahu, bukankah kita perlu letakkan diri kita dalam mod serba tahu lebih dari orang lain?hihihi agar kita tidak ketinggalan kan.

satu lagi yang ak dapat belajar mengenai penerimaan diri terhadap orang lain, elakkan kita letak diri kita terlalu hebat sbb nanti menampakkan kekejian kita sebenarnya, sbb banyak la pandangan yg agak sinis tadi cz mungkin la tak dapat terima ap yg kami buat kan sbb nmpak terlalu bagus hihihi itu kenyataan, ak suka kalau terus berkata benar, pengajaran buat sape yg bc n buat ak juga,hidup ni pnjg lg,n mungkin akan berbalik pd diri kita n doa la agar dijauhkan dari buat benda keji gitu,

ya Allah,terima kasih kerana bagi kami peluang sebarkan ilmu Mu walaupun sedikit, thanks Allah, semoga kami sentiasa hidup dalam redhaMu,amin~with nurul atiq binti ishak, siti aisyah abd nasir, norakmar azami, abd hafiz abdullah

Ahad, 1 Julai 2012

~puas~

assalamualaikum...hihihi nak story mory pasal hari minggu ak yg sangat full,dari jumaat habis kuliah sampailah ke hari ahad, macam2 ak buat bab kata seseorang tu kamu ni sangat aktif tapi bagi ak tu bnda biasa hihihi ak suka~

hari jumaat sampai sabtu malam, PGPI ad program n adik2 minta geng ak jadi tukang masak haha so ktorang (ak, iqa kalam damai tu, along, fida, achot, atiq n ina) turun padang utk bg bebudk ni makan hahaha serius dah lama tak buat keje2 ni cz dah duk luar dan sibuk bnda2 kat luar emmmm seronok sangat hihi sangat penat tapi best cz dpt bersama dgn adik2 yg disyngi...

hari ahad pagi ak terus g ipg teknik cz ad sukaneka tadika, ak kne jd sukarelawan la lbh kurg n perlu bertugas dengan semua kaum adam cz yg kaum hawa punye keje dal full...penat sih,hihihi tapi tu lah seronok cz main dgn budk2,ak kne jg padang n lorong,set up alatan ikut acara di lorong tadika yg terbabit hihihihi mcm2 ragam manusia,ragam mak ayahnya,cikgu,n ragam budk2 kecik..penat tapi seronok n puas

apa yg ak belajar, baik kita guna masa dengan bnda2 faedah mcm tu dan tak buang masa dengan benda2 yg tak baik dan tak berfaedah, bagi ak hari minggu hari yang nak rehat,hari kemas rumah tapi kalau ada aktiviti lagi bagus sbb boleh jadi masa yang ada tu mungkin kita akan lalui sesuatu yang sangat bernilai sbb kalau masa tu dah berlalu tanpa buat apa2 dan sia2, lepas tu kita akan rasa sangat2 rugi dan rs teruk hihihi

so selamat membaca~n lalui hari kita dengan penuh kesyukuran n gembira

Rabu, 27 Jun 2012

~terima kasih sahabat~

dediasi ini ditujukan kepada semua sahabat saya di dunia ni dan famly saya,

fmly~ aboh umi along esah syakir syakirah afifah
sahabat~di seluruh dunia hahahaha paling jauh negara kanggaru

yang dah smabut bday saya seminggu awal,hampir menitis air mata ms tu, smbut awal sbb sy dh balik KL nnt

syukran,terima kasih,thanks cuz ingat hari lahir saya

terima kasih sebab sudi buat flour party untuk saya

terima kasih untuk kek yang sedap sehinggakan tiga biji kek bday saya
(kek abah beli,housmate and geng umh fida and geng yana)

terima kasih sebab masak makanan masa bday saya

trima kasih untuk semuanya lah

saya rasa gembira dengan kehadiran semua sahabat saya

walaupun korg tak baca, tapi ak nak ckp jugak

hope Allah rahmati kehidupan korg semua sehingga ke akhir hayat

walapun sahabat yang tak de kat sini tak buat semua ni,doa pon dah bermakna

terima kasih sahabat ~


terkilan~

selasa, jam 9.30 pagi at kedai kek Bandar Tun Razak,Cheras, with frends.

hari ni kena pergi ambil kek,kek yang ak n ika tempah untuk sambutan hari guru,khas untuk semua lec.  ika tak ikut,di mintak tolong ak amek sebab dia sibuk sangat.  sebelum ke kedai kek tu,ak dan 3 orang lagi g kedai bli makanan sebab lapar,konon nak makan dalam dewan nanti masa perhimpunan.  ak pon turun sorang lepas selesai beli,turun ke kedai kek tu la nak amek kek.  masuk kedai, eh sebelum masuk memang ak ad perasaan seorang mak cik ni jalan kat situ tapi ak rushing,jantung berdegup kencang cz ika dah mesej tanya.  sementara tunggu pekerja kedai kek tu ambil kek yang ktorg tempah,ak perasan mak cik tu masuk, dan dia 'macam' tak de duit!! ak buat tak kisah and than pekerja tu bg kek yg ak pesan dan tunjuk ok tak,mak cik tu menegur 

" baru nak sambut hari guru?orang lain dah lama sambut.cikgu ke ni?"serius muka dia mcm menyindir. and ak sengih je la and jawab "hari tu kami sibuk exam dan cuti", selebihnya mak cik tu sembang dengan orang kedai tu tnya harga roti2 kat situ. emmm ak pon tgok dan buat bodoh,buat tak peduli,and than ak pon keluar dari kedai bersama kek dan kawan2 lain.  

apa yang ak terkesan dan kesal sangat2, kenapalah ak tak pk mak cik tu lapa ke, tak de duit ke,terliur kek yang ak punye besar gedabak ke,srius ak sangat2 terkilan sebab tak buat ap2 kat mak cik tu gara-gara berburuk sangka!!!! ak rasa ak org paling jahat dalam dunia,ak pernah rs mcm tu,tak de duit dan lapar nak makan tapi a tak tolong mak cik tu!! rasa sangat berdosa,padahal berapa ringgit sangat la roti kat kedai tu,sampai ke hari ni ak rasa sangat2 terkilan dengan apa yang ak buat,and pengajaran utk ak, ak tak boleh berburuk sangka dan kena tolong orang yang susah supaya ak takkan terus menyesal mcm ni.  andai ak jmpa mak cik tu, ak akan ajak dia makan kat kedai atas tu tak pon belikan kek utk dia, ak sedih sebab ak tak jadi orang yang baik seperti yang Rasulullah SAW ajar,malunya dengan baginda dan sahabat.  

harap ada kemaafan dari Allah atas kebutaan ak terhadap mak cik tu ~ cikgu batrisya ~

Selasa, 22 Mei 2012

lupakan~

assalamualaikum..
semoga orang2 yang disayangi sentiasa dalam rahmatMu
pasrah dah ni, usaha jadi solehah andai dapat yang seperti yang dinginkan alhamdulillah
kalau sebaliknya mungkin ujian,yakin pada Allah, yang penting simpan yang ada sekarang dalam2 cz tak nak ambil risiko dan ak bukannye baik sangat, harap2 apa yang jadi nanti dapat diterima dengan sepenuh hati, Ya Allah, ak yakin denganMu. tak tau nak cakap ap dah, susah nak keluar, Allah je tau.

by cikgubatrisya

Rabu, 2 Mei 2012

~sYuKuR~

assalamualaikum....harap semua sihat
hari ni rasa terngiang-ngiang di telinga dan terdetik di hati tentang rasa syukur terhadap nikmat yang Allah bagi. setelah dikaji, pembacaan dan pemerhatian, hati ni mula berbisik, lihatlah rakan-rakanmu yang berjaya, bukan mereka perlu banyak berhempas pulas mengerah keringat tetapi mereka meyerahkan hati dan diri kepada Allah dan setiap apa yang dilalui penuh dengan rasa syukur dan redha.  untungkan sahabat.  insya Allah mulai hari ini ak cuba jadi hambaMu yang bersyukur ya Allah, ingat lagi kata-kata seorang sahabat, syukur itu bukan terletak dari lafaznya tetapi perlakuannya, bagaimana kita tunjukkan yang kita bersyukur kepada Allah.  tolonglah ya Allah,jadikan hambaMu ini insan yang bersyukur.
inilah keluarga saya. syukur kerana Allah hadiahkan saya keluarga yang bahagia. berkatilah kami ya Allah

Jumaat, 27 April 2012


~Assalamualaikum~

cuma nak berkongsi kisah di bawah :

cerita 1 - hafida minta radhiah tulis sebab fida tak boleh tulis, masih ingat ayat fida yang selalu disebut,saya tak dak lagi memori dengan cikgu, budak yang sangat baik, dan hadiah yang saya terima dari dia dibungkus dengan kertas buku tulis, dia beri saya sikat dan gula-gula, terima kasih muridku

cerita 2- budak masalah penglihatan memang sensatif, hafida dan radhiah ni selalu bergaduh sebab terasa hati hihihi  kita sebagai guru kena layan biar sama tak boleh lebih sikit nanti yang sorang lagi merajuk, bagi saya itu sebab mereka syanagkan saya jadi saya akan cuba jadi cikgu yang adil...

sayang kamu juga hihiihi

cerita 3- bagi seorang guru tiada erti kalau tak maafkan murid , nak  terasa hati dengan bebudak pon tak de, bagi saya mereka istimewa, hati mereka suci. sayang mereka tulus, belum tentu sama kalau kelak saya dapat murid yang celik mata bersinar hihihi semoga fida tak nakal lagi..

ini semua hasil daripada murid saya dan saya sendiri sewaktu praktikum di SK Jabi, Kedah.  waktu ini adalah masa akhir saya untuk pengajaran, matlamat seorang guru yang ingin muridnya pandai menulis dan penyampaikan pesan, serta perasaan, pandai meulis.  inilah murid saya..saya sayang mereka hua!!!!! hahaha


kAnTa CinTa

 ~bismillah pembuka bicara~
hihi okeh kan hari tu dh bgtau kan topik seterusnya hihi sebenarnye banyak jugak homework tapi gatal juga nak buat entry baru...emm mungkin kata kawan i ini bunyinya macam tajuk novel, cerpen atau cerita apa2 lah hihi dan yg sebenarnya tu bukan ap yg anda semua sangkakan...meh kita jenguk ke bawah ye :

okeh ni bilik khas untuk pk masalah penglihatan, yang baju biru itu papa rosli,pensyarah hihi

kanta yg stand,kiranya kalau murid nak guna tak payah pegang,boleh letak je

ada saiz kecik n besau

yang ni boleh stand n ada zoom n lampu tak silap lah..dh lupa ~wink

Tambah kapsyen

yang ni boleh pegang ada zoom

ini yg berbentuk bar..sesuai kalau nak baca ayat yang panjang

ini bentuk bulat boleh letak je,,n kelebihan ada pencahayaan yang  terbuka

biasa tengokkan??hihi


yang ni kanta boleh tropong jauh hihihi 

ni pon sama..

dan_____ ini bukan kanta tapi cctv hihi tapi fungsinya sama iaitu untuk
besarkan  tulisan atau gmabr

okeh..pic2 tu semuanya alat atau bahan yang boleh bantu murid saya nampak terutamanya penglihatan yang terhad (low vision), bagi kami cikgu opsyen ini perlu pastikan murid guna bahan yang dapat melatih mereka gunakan baki penglihatan yang masih ada dengan semaksimum mungkin.  bagi saya mereka semua hebat sebab belajar dapat guna semua ini dan biarlah guna apa jua bahan sekalipun semangat nak belajar tetap membara, berkobar-kobar nak p sekolah hihihi luv my all clasmate (dlm gmbar) Abdul Mohd Muiz and Zulaikha Shari hihihi

 thanks Allah thanks papa ros ajar kami....

Selasa, 17 April 2012

~musim boring~

assalamualaikum...hope semua sihat2, hihi
lama tak update blog yang belok  lagi bolok ni hii
okeh apa benda yang paling ak suka buat, bawah ni listnya:
-baca novel
-tgok korea
-cakap@suara ak sedap hihi
- makan, kunyah la ap2 pon
-suka tengok CN Blue nyanyi (buat masa sekarang)
-cakap sorg2 dalam hati

hihihi berikut pulak adalah benda yg aku rasa ak nak buat time boring
-stay dekat MPH satu hari baca sume majalah atau buku kat situ yg ak suka, sbb MPH xmarah kalu org bc buku dlm tu
-nak g jalan2 makan angin sampai tak balik rumah, duk dalam kereta tak turun2 pon tak pe hihi
-masak sesuatu yang baru mcm crab cake, stik, atau ap2 yang nak makan

tetapi macam-macam mana pon kita kene reflek pada diri kita, dah besar kan?ad something yang perlu kita cari untuk biarkan rasa hati ini terisi, ya!! cari CINTA..hahaha cinta Allah, agar hati kita sentiasa tenang dan tak rasa boring, tapi aku tau aku sendiri pon take time untuk rasa benda2 macam ni, n cinta Rasul dengan buat benda2 sunat mcm puasa, zikir, cakap benda baik, nasihat kawan, jaga kebersihan rumah hihi and ngaji, solat sunat pon.  emmm rasa sampai situ dulu...nani kalu ada yang terbaca korang fikir lah ye apa kaitan pendahuluan and ending entry i ni hihihi wassalam...

ya Allah andai hari ini aku serta orang disekelilingku dan seluruh umat islam di dunia ini mendapat rahmat dan nikmatMu, pasakkan pada pendirian kami bahawa segalanya adalah daripadaMu ya Allah, sertailah kepada kami dengan rasa syukur atas segalanya ya Allah  amin~

nantikan seterusnya~~~ cinta kanta

Isnin, 27 Februari 2012

cebral palsi (my asmnet) e.4


       TANDA-TANDA AWAL
Pelbagai gejala yang ditunjukkan apabila kanak-kanak mengalami kerosakan otak dan gejala yang ditunjukkan boleh membuatkan para doktor dan ibu bapa dapat membuat andaian sesuatu yang tidak kena sedang berlaku terhadap kanak-kanak itu.  Dalam beberapa bulan pertama kelahiran bayi mungkin akan menunjukkan gejala-gejala seperti: 
  • Kelihatan lesu dan kurang sedar
  • Tidak selesa dan sukar dijaga
  • Abnormal, sering menangis dengan kuat, merenggek
  • Tangan dan kaki menggeletar
  • Sukar menghisap dan menelan (masalah menyusu)
  •  Ketegangan otot yang rendah
  • Postur yang abnormal, suka mengiring sebelah badan sahaja
  •   Diserang sakit yang tiba-tiba
  • Mata selalu berkelip-kelip
  • Badan tersentak-sentak.  Refleks yang abnormal.
  • Bayi kelihatan lembik
  • Lewat perkembangan
 
Kebiasaannya apabila mencapai umur enam bulan tanda-tanda yang berkaitan dengan kerosakan otak biasannya:
·         Perkembangan lambat dalam perkembangan bayi normal
·         Perkembangan lambat dalam sistem saraf
·         Ketidakupayaan motor
Para professional tidak terus melabelkan bayi sebagai bayi palsi serebrum kerana biasanya sistem saraf bayi mampu untuk sembuh apabila berlaku kecederaan.  Hal ini kerana otak kanak-kanak mempunyai peluang yang besar untuk pulih berbanding otak orang dewasa.  Kesimpulannya perkembangan setiap kanak-kanak perlu dipantau oleh kumpulan pelbagai bidang masing-masing serta melibat orang sekelilingnya. 
·