TANDA-TANDA AWAL
Pelbagai gejala yang ditunjukkan apabila kanak-kanak mengalami kerosakan otak dan gejala yang ditunjukkan boleh membuatkan para doktor dan ibu bapa dapat membuat andaian sesuatu yang tidak kena sedang berlaku terhadap kanak-kanak itu. Dalam beberapa bulan pertama kelahiran bayi mungkin akan menunjukkan gejala-gejala seperti:
- Kelihatan lesu dan kurang sedar
- Tidak selesa dan sukar dijaga
- Abnormal, sering menangis dengan kuat, merenggek
- Tangan dan kaki menggeletar
- Sukar menghisap dan menelan (masalah menyusu)
- Ketegangan otot yang rendah
- Postur yang abnormal, suka mengiring sebelah badan sahaja
- Diserang sakit yang tiba-tiba
- Mata selalu berkelip-kelip
- Badan tersentak-sentak. Refleks yang abnormal.
- Bayi kelihatan lembik
- Lewat perkembangan
Kebiasaannya apabila mencapai umur enam bulan tanda-tanda yang berkaitan dengan kerosakan otak biasannya:
· Perkembangan lambat dalam perkembangan bayi normal
· Perkembangan lambat dalam sistem saraf
· Ketidakupayaan motor
Para professional tidak terus melabelkan bayi sebagai bayi palsi serebrum kerana biasanya sistem saraf bayi mampu untuk sembuh apabila berlaku kecederaan. Hal ini kerana otak kanak-kanak mempunyai peluang yang besar untuk pulih berbanding otak orang dewasa. Kesimpulannya perkembangan setiap kanak-kanak perlu dipantau oleh kumpulan pelbagai bidang masing-masing serta melibat orang sekelilingnya.
·
Tiada ulasan:
Catat Ulasan