Isnin, 27 Februari 2012

cebral palsi (my asmnet) e.4


       TANDA-TANDA AWAL
Pelbagai gejala yang ditunjukkan apabila kanak-kanak mengalami kerosakan otak dan gejala yang ditunjukkan boleh membuatkan para doktor dan ibu bapa dapat membuat andaian sesuatu yang tidak kena sedang berlaku terhadap kanak-kanak itu.  Dalam beberapa bulan pertama kelahiran bayi mungkin akan menunjukkan gejala-gejala seperti: 
  • Kelihatan lesu dan kurang sedar
  • Tidak selesa dan sukar dijaga
  • Abnormal, sering menangis dengan kuat, merenggek
  • Tangan dan kaki menggeletar
  • Sukar menghisap dan menelan (masalah menyusu)
  •  Ketegangan otot yang rendah
  • Postur yang abnormal, suka mengiring sebelah badan sahaja
  •   Diserang sakit yang tiba-tiba
  • Mata selalu berkelip-kelip
  • Badan tersentak-sentak.  Refleks yang abnormal.
  • Bayi kelihatan lembik
  • Lewat perkembangan
 
Kebiasaannya apabila mencapai umur enam bulan tanda-tanda yang berkaitan dengan kerosakan otak biasannya:
·         Perkembangan lambat dalam perkembangan bayi normal
·         Perkembangan lambat dalam sistem saraf
·         Ketidakupayaan motor
Para professional tidak terus melabelkan bayi sebagai bayi palsi serebrum kerana biasanya sistem saraf bayi mampu untuk sembuh apabila berlaku kecederaan.  Hal ini kerana otak kanak-kanak mempunyai peluang yang besar untuk pulih berbanding otak orang dewasa.  Kesimpulannya perkembangan setiap kanak-kanak perlu dipantau oleh kumpulan pelbagai bidang masing-masing serta melibat orang sekelilingnya. 
·        

cebral palsi (my asmnet) e.3

Kanak-kanak palsi serebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan  untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan.  Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan selepas iaitu di peringkat awal bayi dilahirkan iaitu ketika otak berkembang dengan pesat.
 
            Sebelum kelahiran
Jangkitan dalam rahim
Ibu mengalami kencing manis, darah tinggi atau kurang darah semasa mengandung
Pendarahan kronik dan teruk ketika mengandung
            Semasa proses  dilahirkan
Kelahiran tidak cukup bulan
Kecederaan masa lahir
Lemas ketika lahir (terlalu lama di dalam rahim)
Jangkitan kuman sewaktu lahir (berada dipintu rahim terlalu lama)
            Selepas kelahiran
Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak)-demam kuning
Jaundis yang teruk (kemicterus)
Kecederaan otak disebabkan kemalangan, penderaan dan penganiayan  fizikal,
 Seorang kanak-kanak palsi sebral dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira    kaum, jantina, umur ibu atau latar belakang sosial. Palsi sebral seperti yang dimaklumkan berlaku akibat kerosakan otak. Terdapat pelbagai kemungkinan bagaimana kerosakan otak berlaku. 

 Antara masalah yang menyebabkan kerosakan otak ialah:

  • Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama
  •  Perkembangan otak yang tidak normal
  •  Rembesan (intraeraneal bleeding)
  •   Demam kuning
  •   Terhentak atau terhempas  atau kejutan
  •  Serangan kuman atau penyakit

cebral palsi (my asmnet) e.2


       JENIS-JENIS PALSI SEREBRUM
Palsi Serebrum terbahagi kepada empat jenis yang utama.mengikut kelainan kesukaran pergerakan.  Kesemua jenis yang dikelaskan turut dipengaruhi oleh bahagian otak yang gagal berfungsi.
            Spastik
Spastik merupakan jenis yang paling biasa dijumpai dalam 70% hingga 80% dalam satiap kes.
Spastik hemiplegia – kecacatan di satu bahagian badan sahaja,  kebiasaannya kecacatan pada bahagian otot yag dikawal oleh sebelah otak kiri boleh menyebabkan anggota sebelah kanan lebih besar dari yang normal atau kedua-duanya sekali.
Spastik diplegia – mengalami kecacatan keseluruhan badan tetapi keadaan kaki lebh teruk daripada tangan
Spastik quadriplegia – mengalami kecacatan keseluruhan anggota badan baik badan atau kedua-duanya tangan dan kaki.
            Ataxia
Masalah yang teruk dari segi imbangan dan koordinasi.  Pada perinsipnya kanak-kanak ataxia tidak dapat berdiri atau berjalan dan kesukaran dalam mengawal imbangan badan serta koordinasi otot, bergantung pada kadar kepintasan yang dialamainya.  Kebiasaannya jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan dalam postur tersebut.

            Athetosis  
Ketegangan otot berubah secara konstan atau malar, biasanya daripada ketegangan normal ke tahap tinggi.  Tiada koordinasi daripada segi pergerakan  dan tidak terkawal.  Akibatnya kanak-kanak ini menunjukkan gimik muka kerana bahagian anggota bergerak tanpa dikawal oleh otot otak.
            Hypotonic
Kebiasaannya kanak-kanak jenis ini boleh bergerak sedikit atau tidak bergerak langsung.  Campuran semua sifat-sifat di atas (otot lembik)
Sesetengah kanak-kanak mengalami satu jenis palsi serebrum ataupun kombinasi daripada beberapa jenis yang dinyatakan diatas.  Bentuk dan tahap dalam pergerakan fizikal adalah berbeza antara kanak-kanak yang lain, malah bahagian anggota yang terlibat juga berbeza.     

cebral palsi (my asmnet)


     BUKU PANDUAN PALSI SEREBRUM           
Apa itu palsi serebrum?

                                                    
Palsi bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun postur manakala serebrum pula merujuk kepada otak.  Orang yang mengalami palsi serebrum bermaksud mereka tidak dapat menggunakan sebahagaian daripada otot-otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal akibat kerosakan dari otak.
Palsi sereblum biasanya disebabkan oleh kerosakan pada motor  utama yang mengawal otak dan ia boleh terjadi sebelum megandung, sedang mengandung atau semasa lahir serta selepas lahir atau sebelum umur 3 tahun.  Melalui beberapa kajian, orang dewasa yang mengalami palsi cerebrum kebiasaannya lebih rendah berbanding risiko kepada pesakit kanak-kanak .  hal ini berlaku disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik ataupun berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang seperti kecederaan atau kekurangan oksigen.  Pendarahan dalam otak ataupun jangkitan menyebabkan berlakunya palsi sereblum.  Ada kalanya kanak-kanak yang dilahirkan normal tetapi mengalami jangkitan dalam otak ataupun trauma.  Hal ini akan menjejaskan tona otot iaitu tahap ketegangan otot yang menganggu pergerakan spontian  dan melambatkan perkembangan motor halus dan motor kasar.
Kacacatan jenis ini tidak boleh diubati walaupun pedidikan terapi dan teknologi dapat membantu individu yang mengalaminya menjalankan kehidupan yang produktif.  Walaupun begitu perlu diketahui bahawa ia bukan sejenis penyakit berjangkit dan tidak menjadi lebih teruk.  Kanak-kanak yang dilahirkan dengan palsi Sereblum akan terus mengalaminya sepanjang hayat mereka.  Palsi Sereblum merupakan salah satu daripada kumpulan kecacatan kekal terhadap pergerakan dan posisi badan menyebabkan segala aktiviti yang hendak dilakukan adalah terhad.
Palsi sereblum juga berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan motor, terutama motor kawalan otot dan koordinasi.  Bergantung kepada bahagian otak yang rosak, satu ataupun lebih daripada:


                                      
                GAMBAR seorang kanak-kanak palsi serebrum yang bermain alat muzik

bersyukurlah.....^_^