Isnin, 27 Februari 2012

cebral palsi (my asmnet) e.2


       JENIS-JENIS PALSI SEREBRUM
Palsi Serebrum terbahagi kepada empat jenis yang utama.mengikut kelainan kesukaran pergerakan.  Kesemua jenis yang dikelaskan turut dipengaruhi oleh bahagian otak yang gagal berfungsi.
            Spastik
Spastik merupakan jenis yang paling biasa dijumpai dalam 70% hingga 80% dalam satiap kes.
Spastik hemiplegia – kecacatan di satu bahagian badan sahaja,  kebiasaannya kecacatan pada bahagian otot yag dikawal oleh sebelah otak kiri boleh menyebabkan anggota sebelah kanan lebih besar dari yang normal atau kedua-duanya sekali.
Spastik diplegia – mengalami kecacatan keseluruhan badan tetapi keadaan kaki lebh teruk daripada tangan
Spastik quadriplegia – mengalami kecacatan keseluruhan anggota badan baik badan atau kedua-duanya tangan dan kaki.
            Ataxia
Masalah yang teruk dari segi imbangan dan koordinasi.  Pada perinsipnya kanak-kanak ataxia tidak dapat berdiri atau berjalan dan kesukaran dalam mengawal imbangan badan serta koordinasi otot, bergantung pada kadar kepintasan yang dialamainya.  Kebiasaannya jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan dalam postur tersebut.

            Athetosis  
Ketegangan otot berubah secara konstan atau malar, biasanya daripada ketegangan normal ke tahap tinggi.  Tiada koordinasi daripada segi pergerakan  dan tidak terkawal.  Akibatnya kanak-kanak ini menunjukkan gimik muka kerana bahagian anggota bergerak tanpa dikawal oleh otot otak.
            Hypotonic
Kebiasaannya kanak-kanak jenis ini boleh bergerak sedikit atau tidak bergerak langsung.  Campuran semua sifat-sifat di atas (otot lembik)
Sesetengah kanak-kanak mengalami satu jenis palsi serebrum ataupun kombinasi daripada beberapa jenis yang dinyatakan diatas.  Bentuk dan tahap dalam pergerakan fizikal adalah berbeza antara kanak-kanak yang lain, malah bahagian anggota yang terlibat juga berbeza.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan