Isnin, 27 Februari 2012

cebral palsi (my asmnet) e.3

Kanak-kanak palsi serebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan  untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan.  Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan selepas iaitu di peringkat awal bayi dilahirkan iaitu ketika otak berkembang dengan pesat.
 
            Sebelum kelahiran
Jangkitan dalam rahim
Ibu mengalami kencing manis, darah tinggi atau kurang darah semasa mengandung
Pendarahan kronik dan teruk ketika mengandung
            Semasa proses  dilahirkan
Kelahiran tidak cukup bulan
Kecederaan masa lahir
Lemas ketika lahir (terlalu lama di dalam rahim)
Jangkitan kuman sewaktu lahir (berada dipintu rahim terlalu lama)
            Selepas kelahiran
Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak)-demam kuning
Jaundis yang teruk (kemicterus)
Kecederaan otak disebabkan kemalangan, penderaan dan penganiayan  fizikal,
 Seorang kanak-kanak palsi sebral dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira    kaum, jantina, umur ibu atau latar belakang sosial. Palsi sebral seperti yang dimaklumkan berlaku akibat kerosakan otak. Terdapat pelbagai kemungkinan bagaimana kerosakan otak berlaku. 

 Antara masalah yang menyebabkan kerosakan otak ialah:

  • Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama
  •  Perkembangan otak yang tidak normal
  •  Rembesan (intraeraneal bleeding)
  •   Demam kuning
  •   Terhentak atau terhempas  atau kejutan
  •  Serangan kuman atau penyakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan