Isnin, 27 Februari 2012

cebral palsi (my asmnet)


     BUKU PANDUAN PALSI SEREBRUM           
Apa itu palsi serebrum?

                                                    
Palsi bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun postur manakala serebrum pula merujuk kepada otak.  Orang yang mengalami palsi serebrum bermaksud mereka tidak dapat menggunakan sebahagaian daripada otot-otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal akibat kerosakan dari otak.
Palsi sereblum biasanya disebabkan oleh kerosakan pada motor  utama yang mengawal otak dan ia boleh terjadi sebelum megandung, sedang mengandung atau semasa lahir serta selepas lahir atau sebelum umur 3 tahun.  Melalui beberapa kajian, orang dewasa yang mengalami palsi cerebrum kebiasaannya lebih rendah berbanding risiko kepada pesakit kanak-kanak .  hal ini berlaku disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik ataupun berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang seperti kecederaan atau kekurangan oksigen.  Pendarahan dalam otak ataupun jangkitan menyebabkan berlakunya palsi sereblum.  Ada kalanya kanak-kanak yang dilahirkan normal tetapi mengalami jangkitan dalam otak ataupun trauma.  Hal ini akan menjejaskan tona otot iaitu tahap ketegangan otot yang menganggu pergerakan spontian  dan melambatkan perkembangan motor halus dan motor kasar.
Kacacatan jenis ini tidak boleh diubati walaupun pedidikan terapi dan teknologi dapat membantu individu yang mengalaminya menjalankan kehidupan yang produktif.  Walaupun begitu perlu diketahui bahawa ia bukan sejenis penyakit berjangkit dan tidak menjadi lebih teruk.  Kanak-kanak yang dilahirkan dengan palsi Sereblum akan terus mengalaminya sepanjang hayat mereka.  Palsi Sereblum merupakan salah satu daripada kumpulan kecacatan kekal terhadap pergerakan dan posisi badan menyebabkan segala aktiviti yang hendak dilakukan adalah terhad.
Palsi sereblum juga berkaitan dengan ketidakupayaan fungsi kawalan motor, terutama motor kawalan otot dan koordinasi.  Bergantung kepada bahagian otak yang rosak, satu ataupun lebih daripada:


                                      
                GAMBAR seorang kanak-kanak palsi serebrum yang bermain alat muzik

bersyukurlah.....^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan